Pengalaman Pelanggan Kami

Kami berbangga menjadi sebahagian daripada perjalanan penyembuhan anda. Baca apa yang pelanggan kami katakan tentang perkhidmatan kami.

" Insya ALLAH Rawatan Ini Sangat Istimewa Buat Mereka Yang Benar-Benar Ikhlas Untuk Pulih Dan Berubah "

Noorhisham Osman

Dengan ikhlas saya katakan bahawa dalam masa menagih dan juga waktu rehat dari menagih amat-amat berbeza di tempat-tempat lain.iaitu di penjara,lokap,serenti atau tempat swasta (iaitu tempat pemulihan).


Maka dengan ini saya menyatakan bahawa cara Tuan Guru Ustaz Haji Hanafi ini amat-amat berbeza; sebab setiap sesuatu yang dilaksanakan atau diberitahu ada maksud yang tersurat lagi tersirat.Syarat pertama-tama iaitu azam hati saya nak berubah;maka menjadi mudah untuk mencapai hajat kita,tak kira berapa lama kita menagih dan saya sudah menagih hampir 30 tahun,banyak wang dibazirkan.Jangan ditanya tentang family memang porak-peranda.


Keadaan apabila berada di bawah jagaan Tuan Guru amat berbeza sama sekali,saya merasa begitu kuat azam untuk berhenti,walaupun menderita akibat dari ketagihan.Alhamdulillah saya dapat hadapi setelah 7 hari menjalani perubatan yang diberi oleh T.Guru,tak sangka saya rasa begitu cepat sedar dari ketagihan,walhal kalau di luar memrlukan hampir-hampir 1 bulan atau lebih untuk merasai ketenangan dan kekuatan,tetapi di tempat Tuan Guru ini hanya selepas 7 hari sahaja.


Syukur Alhamdulillah segala-galanya telah berlaku dan cukup mengerikan bila saya mengingatinya.Sekarang saya bersama anak-anak saya yang comel-comel dan isteri saya yang cantik dan saya bahagia sebagai insan yang bebas dari cengkaman ketagih DADAH dan ROKOK. Untuk makluman pembaca semua umur saya Semasa saya menjalani rawatan pemulihan ketagihan dadah ini telah pun mencecah 46 tahun,begitulah lamanya saya tenggelam dalam kehidupan yang gelap.Alhamdulillah dengan rawatan dan tunjuk ajar yang diberikan oleh yang berbahagia Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi saya kini dah pulih sepenuhnya dan dah kembali ke pangkal jalan yang benar.
Alhamdulillah……Amin.


Yang benar,
NOORHISHAM OSMAN
from K.Kangsar,Perak
with Love.
June 2009

Ab Rahman Bin Basiran

Assalamualaikum !
Nama saya Ab Rahman Bin Basiran,berumur 24 tahun dan saya berasal dari salah sebuah daerah Kota Tinggi di dalam Negeri Johor.Saya mempunyai 8 orang adik-beradik dan saya anak yang ke 7.Namun begitu sayalah yang paling ingkar dan tak dengar nasehat keluarga ,akhirnya saya terjebak dengan najis DADAH .

Pada mulanya hanya dengan merokok sahaja,lepas itu saya mula berani ambil GANJA.Lama-kelamaan saya rasa bosan dengan ganja, lalu seterusnya saya ambil pula dadah jenis SYABU.Akibat dari itu saya terus setia menjadi penagih dadah syabu.Walaupun saya menjadi petagih dadah syabu,tapi dalam hati saya tetap bertekad untuk berhenti dari ketagih dadah ini.Tapi apakan daya saya tidak mampu melepaskan diri dari jerat dadah ini.Saya rasa seolah-olah tiada jalan lagi untuk saya berhenti atau berubah.Namun begitu saya yakin Allah s.w.t maha mengetahui rasa hati dan niat saya itu,Alhamdulillah akhirnya dengan bantuan keluarga dan di atas kehendak diri saya sendiri saya dihantar ke tempat Rawtan Tradisional Secara Islam ini yang dikendalikan oleh Ustaz Hj Hanafi di alor setar kedah.

Saya telah diperkenalkan kepada Ustaz Hj Hanafi dan saya kagum dengan layanan mesranya pada saya,seolah-olah saya ini bukan seorang penagih.Di sinilah dia membimbing saya bagaikan seorang tetamunya.Saya terasa mudah menerima rawatan dan nasehat yang diberikannya,jiwa saya yang dulunya terasa kosong kini lebih tenang dan tenteram,Alhamdulillah !.

Saya sangat-sangat teruja menjalani rawatan di sini,kerana ianya dalam suasana yang begitu selesa dan gembira sekali,Alhamdulillah !.

Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t dan saya juga mengucapkan jutaan terimakasih kepada Ustaz Hanafi yang sudi menerima saya dengan merawat dan memberi kursus serta nasehat penuh kepada saya.Tak lupa juga pada ahli keluarga saya,teman istimewa dan terutamanya abang saya ( Mohd On dan Najib) yang tak pernah jemu memberi sokongan,bantuan dan peluang kepada saya untuk berubah,Alhamdulillah !…….MASIH ADA ORANG YANG MASIH MENYAYANGI SAYA LAGI. Akhir kata dari saya: SESUNGGUHNYA DADAH ITU MENDATANGKAN KESAN YANG SANGAT BURUK KEPADA YANG MENCUBANYA !!.

Yang ikhlas
maman,
(BELIA BENCI DADAH)

Tajudin B.Hashim

Assalamualaikum !
Nama saya Tajudin B.Hashim dan berumur 45 tahun.Saya berasal dari salah sebuah kampung di Daerah Kg Gajah,Telok Intan,Perak.Saya mempunyai 8 orang adik-beradik dan saya anak yang ke 5.Dalam pelajaran saya belajar hingga ke tingkatan Enam.

Dalam semua adik-beradik sayalah yang paling nakal serta degil tidak mendengar nasehat orang tua dan keluarga,yang akhirnya saya telah terjerumus ke lembah ketagihan dadah yang hina ini.Pada awal-awalnya dulu saya bermula dengan menghisap rokok,selepas itu saya terlibat pula dengan ganja dan setelah tidak puas dengan ganja lagi saya terus beralih pula ke DADAH HEROIN. Untuk pengetahuan semua saya telah terjebak dengan ketagihan dadah ini selama 25 tahun hinggakan saya telah dibuang kerja dengan kerajaan sebanyak 3 kali.Namun begitu dalam masa yang sama ada juga saya cuba untuk berhenti,tapi apakan daya tiada kekuatan untuk saya berhenti,selama 25 tahun itulah hidup saya telah musnah kerana DADAH.

Akhirnya dengan rasa keinsafan dan kesedaran diri sendiri lalu saya telah pergi berubat dengan Ustaz Hanafi di Alor Setar,kedah. Di sinilah saya telah diberi pemulihan dan perawatan zahir dan batin secara tradisional Islam dengan menggunakan ayat-ayat suci Al Quran.Di sini saya dibimbing , diberi tunjuk ajar secara dekat dan secara penuh kasih sayang.Di sini juga suasana persekitarannya amat begitu sesuai sekali.Keadaan di sini begitu tenang dan selamat.

Di kesempatan ini saya meluahkan kesyukuran saya yang tidak terhingga pada Allah s.w.t yang masih memberi peluang untuk saya berubah kepada yang lebih baik dan saya juga nak mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih pada Ustaz danAkak (Isteri Ustaz) kerana telah menjaga saya dengan begitu baik sekali sepanjang saya menjalani pemulihan ini.

Pada Ustaz Hanafi saya takkan lupakan jasa ustaz sampai bila-bila hingga ke akhir hayat saya di atas perawatan yang diberinya serta nasehatnya yang benar-benar menyentuh hati kecil saya. Terus terang saya katakan Lilla hita’ala saya kini telah pulih dengan jayanya.

Tak lupa juga saya sangat-sangat terhutang budi pada ibu saya,kakak saya serta abang ipar saya yang telah bertungkus-lumus berusaha membantu saya untuk pulih dari ketagihan dadah ini.Saya juga mohon jutaan ampun dan maaf dari ibu,bapa dan kakak serta abang ipar saya kerana selama ini saya dah banyak menyusahkan mereka, kini saya berjanji tidak akan mengulangi lagi dengan perbuatan menagih najis dadah dan rokok. Saya pasti saya tidak akan mengulanginya lagi hinggalah ke akhir hayat saya. Pesan saya pada kawan-kawan yang masih lagi terlibat dengan penagihan dadah ini,jika ada kesedaran dan keinsafan….datanglah berubat dengan Ustaz hanafi ini.Insya Allah ustaz akan berusaha menolong kita agar bebas dari jerat dadah durjana ini.Cukuplah kawan-kawan semua,marilah kita menjadi manusia yang sempurna di sisi Allah s.w.t semula,ayuh teman mulakan langkah pertama anda.

Kepada yang masih belum terlibat,pesan saya: JANGAN SEKALI-KALI ANDA MENCUBA BENDA JAHANAM INI,JIKA ANDA CUBA JUGA MAKA SUDAH PASTI HIDUP ANDA AKAN HANCUR MUSNAH…INGAT….BERWASPADA LAH SELALU DALAM MEMILIH KAWAN.

Alhamdulillah, setelah saya buat rawatan dengan Ustaz Hj Hanafi semangat saya bertambah kuat untuk meneruskan kehidupan yang lebih sehat.

Sekian dari saya.
Kg Gajah,Perak.

Syed T

Saya seorang penagih dadah yang tegar daripada Negara Singapura.Kehidupan saya di sana sederhana sahaja.Untuk melupakan dadah itu amat sukar sekali bagi saya hingga saya datang ke Kedah ini untuk menjalani rawatan pemulihan dengan Al Fadhil Ustaz Hj Hanafi.Saya telah 4 kali masuk ke dalam Pusat Pemulihan Dadah di Singapura.Kehidupan saya sebagai penagih dadah ia tidak kira haram atau halal,asalkan dapat najis dadah sudah kira OK.

Sudah cukuplah,saya tidak payah menceritakan panjang lebar lagi,semua cerita kita (penagih) sama sahaja.Bangun pagi pergi bilik air charge battrey (ambil dadah),tengah hari nanti lagi sekali dan malam charge lagi… cukup membosankan.Sudah cukup masa saya dengan khayalan ini selama 30 tahun lamanya.Seperti yang dikata: ” Kalau tak mahu,katakan tidak “,wow..nampak macam senang.Tapi Alhamdulillah setelah saya menjalani rawatan dengan Al Fadhil Ustaz Hj Hanafi ini saya dengan izin Allah s.w.t mampu meninggalkan perbuatan menagih dadah ini,bukan sahaja dadah yang boleh saya tinggalkan bahkan rokok juga telah saya tinggalkan.Umur saya sekarang ialah 45 tahun,saya ada isteri dan beberapa orang cahayamata.Selepas ini Saya akan cari jalan terus bagaimana untuk katakan…” Tidak…Tidak…Tidak kepada dadah “.

Di sini saya ingin mengucapkan jutaan terimakasih saya pada AlFadhil Ustaz Hj Hanafi kerana disebabkan usaha ikhtiar beliau lah saya kini bebas dari ketagihan dadah dan rokok dengan izin Allah s.w.t. Syukur Alhamdulillah.

Sekian dari saya,
Syed T
Singapura
” Aku dah letih nak wayang-wayang dengan setiap manusia yang aku bersemuka, tak daya dah ni sebenarnya,Hipokrik dengan diri sendiri,tapi nak buat macam mana ? tak kan nak bukak pekung ” .. kata Si Frz ni setiap hari….( selama 15 tahun ” chasing the dragon” ) umur pun dah cecah 35 tahun… kerja pun dah tak boleh nak fokus ! Anak makin membesar ! Takkan nak bahayakan life mereka…..

Sesungguhnya Allah s.w.t maha mendengar rintihan aku ini setiap hari,di mana aku harus berubat ? macam mana nak tahan ? Alhamdulillah dengan izinnya aku ditempatkan di sini (Pusat Rawatan Dadah Ustaz Hj Hanafi).Dengan bantuan Ustaz Hanafi, aku pun merelakan diri ini dirawat olehnya serta aku bertawakkal ajelah pada Allah.Takkan sampai mati aku harus memperhambakan diri pada dadah Heroin,Meth,Suboxone !!!.

Maybe aku bukan seorang penulis ! Tapi apa yang aku harapkan dan dapat rasakan is speechless ! Setelah menjalani rawatan di sini aku terasa nikmatnya hidup ini tanpa dadah,badan aku terasa clean,otak kembali cergas dan hatiku kembali tenang.Telah lama aku tidak dapat rasakan hidup setenang dan secergas sekarang ini.Aku rasa sangat-sangat terhutang budi pada Ustaz Hanafi yang sudi menerima aku untuk dirawat serta melayan aku dengan lemah-lembut dan penuh kasih sayang,tak sangka Ustaz sudi melayan aku bukan sebagai seorang penagih tapi sebagai seorang tetamu yang dihormati.

Percayalah Ustaz…aku akan pegang segala nasehat dan tunjuk ajar yang ustaz berikan padaku.Aku nekad tidak akan kembali kepada dadah lagi hingga ke akhir hayatku….Insya Allah.

# “TEPUK DADA,TANYALAH SELERA…….KALAU DAH NEKAD,MESTI DAPAT….”
# Dalam masa 2 minggu,mungkin tiada sesiapa pun boleh terfikir dan percaya yang seorang penagih akan pulih sepenuhnya…..
Aku keliru menjadi buntu,arah yang ingin dituju.Rasa resahku kian celaru dengan rela ku tempuhi jua…!!!
Aku cuma mahukan bayangan resahku menghilang,tapi keadaan memaksaku hadapi semua….
INIKAH REVOLUSI ATAU HANYA ILUSI ? YANG NYATA MIMPIKU JADI REALITI ( aku telah bebas dari dadah dan rokok).

TQ…TQ….TQ…… Ustaz !!!!!!!!
Hamba Allah yang bertaubat,
frz kedah.

Haz

Assalamualaikum pembuka bicara…
Di sini aku mempunyai satu seloka tentang kisah hidupku.Namaku Haz yang berusia 18 tahun dan berasal dari Kuching,Sarawak,dahulunya merupakan seorang penagih dadah syabu yang tegar.Tanpa dadah syabu aku tidak mampu membuat apa-apa kerja yang diberikan.Setiap minggu aku akan meminta wang daripada ibubapaku hanya untuk membeli dadah syabu,secara tidak langsung aku telah menjadi beban kepada mereka.Hidupku sangat gelap pada masa itu tanpa disinari sinar Iman.

Namun segalanya berubah selepas aku menghadiri sesi rawatan yang diadakan oleh Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid.Di sana bukanlah seperti tempat-tempat rawatan yang lain dimana penagih akan dikurung dan sebagainya.Di sana (tempat Ustaz Hanafi) aku telah menginap di dalam bilik tidur yang berhawa dingin dan mempunyai TV plasma lagi.Makanan dan minuman ringan juga turut disediakan di dalam bilik penginapan.Pada mulanya memang aku merasa agak gelisah,namun layanan yang Ustaz Hanafi berikan seperti ahli keluarganya sendiri membuatkan aku lebih selesa dan secara tidak langsung aku telah menganggap Ustaz seperti ayahku sendiri.

Pada 7 hari pertama aku telah diberi minum air kelapa yang bertujuan untuk membuang segala penyakit yang ada di dalam badan.Alhamdulillah selepas selesai sesi itu aku dapat merasakan perubahan yang besar pada diriku.Bukan itu sahaja,aku juga telah diberikan didikan Agama di sana.Aku telah mula mendirikan solat dan berzikir.Kini ia telah menjadi amalan harian bagiku.Selama 14 hari aku di sana telah banyak mengubah corak hidupku.Alhamdulillah kini aku telah bebas dari kancah dadah dan telah mampu meringankan beban ibubapaku.Ribuan terimakasih aku ucapkan pada Ustaz atas usahanya merawat dan mendidikku.Jika aku mampu buat perubahan, mengapa tidak pada yang lain.Yang penting adalah tekad,usaha dan doa…Jangan lupa bimbingan daripada orang yang mengambil berat.Sekian…Wassalam.

Haz
Kuching,Sarawak.

Mohd Faizal

Saya bernama Mohd Faizal berusia 32 tahun dan berasal dari Kuala Lumpur.Saya telah terlibat dengan ketagihan dadah ini dari tahun 1998 hinggalah 2010.MasyaAllah betapa besarnya dosa yang telah saya lakukan dan telah terlalu lama pula saya tenggelam di dalamnya.Saya betul-betul bersyukur kepada Allah s.w.t kerana saya tidak mati di waktu itu,kalau saya mati ketika menagih dadah alangkah malangnya nasib saya,mana lagi tempat saya melainkan Neraka yang penuh dengan azab.” Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib diri kamu,melainkan diri kamu sendirilah yang mengubahnya dan bagi sesiapa yang benar-benar ingin berubah menjadi baik maka pasti Allah akan membantu dan menunjuk jalan-jalannya”…. inilah mutiara kata yang sentiasa saya dengar dari mulut Ustaz Hj Hanafi sepanjang saya menjalani rawatan dengannya. Alhamdulillah.

Selama ini saya tidak sedar dengan keadaan diri saya yang cacat (lumpuh tangan kiri) dan dah berkahwin pula serta dikurniakan seorang cahaya mata yang comel sekali pun masih tidak mahu berubah…Astaghfirullah !!!!!! Nasib baik saya datang ke sini (Alor Setar) berjumpa dengan Ustaz Hj Hanafi yang saya dah anggap dirinya (Ustaz) seperti ayah saya sendiri.Beliau telah merawat dan mendidik serta melayan saya dengan penuh lemah-lembut dan kasih sayang sekali,tak sangka saya datang sebagai penagih dadah tapi ustaz layan seperti tetamu yang dikasihinya.

Alhamdulillah kini saya bebas dari dadah,bukan sahaja dadah tapi rokok juga saya tinggalkan sepenuhnya.Jutaan Terimakasih saya ucapkan untuk Ustaz Hanafi kerana dengan usaha ikhtiarnya tanpa jemu merawat dan mendidik saya sehingga saya berjaya melepaskan diri dari belenggu dadah dan rokok.Kini hidup saya terasa sungguh tenang dan bahagia sekali.Saya juga rasa terhutang budi pada kedua ibubapa dan keluarga saya serta abang angkat saya yang tidak putus asa berusaha untuk memulihkan saya. Kepada sesiapa yang menghadapi masalah ketagihan dadah dan ingin berhenti maka saya mengesyorkan pergilah buat rawatan di tempat Ustaz Hj Hanafi,InsyaAllah anda akan dibantunya untuk bebas dari dadah.
Percayalah bahawa DIMANA ADA KEMAHUAN DI SITU ADA JALAN !

ekian dan wassalam dari saya,
Mohd Faizal
Cheras,K.Lumpur.
Assalamualaikum..
aya adalah seorang Ustazah yang berkhidmat di sekolah menengah di negeri Selangor.Suatu hari Allah telah memberi ujian besar kepada ibu ,ayah dan kami sekeluarga dengan pengakuan adik yang kami sayangi bahawa dia telah mengambil dadah jenis syabu .Gejala penyalahgunaan dadah ini berlarutan selama 4 tahun.Kami sekeluarga tidak terfikir dan terhidu yang adik seorang penagih kerana dia pandai menyembunyikan keadaan . Untuk pengetahuan adik saya adalah seorang bekas pelajar tahfiz dan kini bekerja menguruskan dan meneraju perusahaan catering ayah saya.Ayah telah mempercayai dan akan menyerahkan kepadanya banyak urusan perniagaan .Namun kerana terlampau kecewa ibu dan ayah saya telah menghantar adik ke ruamh kakaknya di Selangor dan meminta kami terus ke sekolah tahfiz semula sebagai pemulihanâ€ĤAyah saya terlampau sedih kecewa dengan tindakan adik saya sehingga tidak membenarkan adik saya pulang ke kampung halaman selama setahunâ€Ĥbaginya anak yang dia harapkan sudah rosak dan tiada masa depan yang cerah.Namun setelah dikaji dengan teliti tentang dadah jenis syabu ..kami nekad tidak menghantar adik saya ke sekolah tahfiz dahulu kerana bimbang penyakit ketagihan dadah ini mengganggu situasi di sekolah tahfiz tersebut..Persolan kami di sini, bolehkah adik saya dengan mudah bebas dari ketagihan dadah dengan cepat dan kembali seperti sediakala..alangkah tabiat menghisap rokok susah untuk diberhentikan inikan pula dadah jenis SYABU..

Jalan kami adik beradik menjadi buntu, tidak tahu manakah yang sesuai untuk pergi ke tempat rawatan dadah yang terbaik untuk adik saya.banyak tempat yang kami tanya tapi semuanya tidak memuaskan hati sehinggalah Allah memberikan kami jalan untuk membawa adik saya di pusat rawatan dadah secara islam bersama ustaz Hj Hanafi..dengan kerelaan adik saya sendiri yang mahu berubah dan mahu bebas dari dadah akhirnya dalam masa 2 minggu adik saya yang dulunya banyak menghisap rokok dan dadah kini bebas dari gejala tersebutâ€Ĥyang amat istimewa rawatan bersama ustaz Hanafi ialah layanan VIP ,santai ,tenang tanpa stress kepada si penagih ,di ikuti dengan bimbingan yang penuh kasih sayang terhadap penagih disamping didikan penagih supaya kembali ke jalan islam yang sempurna menjadikan kami semua terkesima dengan penuh kesyukuran kepada Allah kerana adik saya yang dahulunya seorang perokok,penagih,jauh dari rukun islam dan iman telah pulang ke pangkal jalan dengan nur dari Ilahi.Kini dia rasa tenang dan tidak menyangka bahawa Allah telah memberi peluang kedua kepadanya .Dia betul betul insaf kerana hidup menjadi seorang penagih tidak mendapat apa-apa faedah melainkan penyakit yg banyak dan pembaziran harta yang merugikan diri dan masa depan. Ayah saya yang dulu tidak membenarkan adik saya pulang ke rumah kini mengalu-alukan adik saya pulang dan menyambung balik perusahaan catering dengan satu pembaharuan yang lebih baik dari sebelumnya.Ibu dan ayah saya tidak menyangka dalam masa 2 minggu adik saya boleh pulih sepenuhnya dan tiada lagi ketagihan dan kembali kepada kewarasan dengan agama islam yang kukuh.

Buat mereka yang ingin mencari pusat rawatan ketagihan apa tunggu lagi â€Ĥ tempat yang terbaik RAWATAN KETAGIHAN DADAH SECARA ISLAM ROHANI DAN JASMANI BERSAMA DENGAN USTAZ HJ HANAFI DI ALOR STAR akan merealisasikan satu kehidupan yang lebih baik dengan izin Allah .Jika anda kurang berkeyakinan boleh lah hubungi saya sebagai kakak yang pernah menghantar adik seorang penagih dadah yang telah bebas dari gejala tersebut di no telefon 0193049980.Saya sedia untuk bersama memberi perkongsian motivasi ,pandangan agar segala kekalutan menemui penyelesaian yang terbaik Insya Allah.
Assalamualaikum !
Saya Wan ( bukan nama sebenar) berasal dari Negeri Kelantan,saya anak yang ke dua dari tujuh orang adik-beradik.Di sini saya nak berkongsi cerita dengan masyarakat umum tentang kisah hitam kehidupan saya yang sangat pahit untuk ditelan.

Bermula dari umur 16 tahun saya telah mula ambil najis dadah iaitu PIL KUDA .Terjadinya semuanya ini ialah dengan sebab saya hisap rokok,dalam sehari saya habiskan 5 kotak rokok.Sebab terjebaknya saya dengan najis dadah ini adalah dengan ajakan kawan-kawan dan perasaan ingin mencuba yang lahir dari diri saya sendiri.

Sewaktu menagih dadah saya ambil hingga lebih 15 biji pil kuda untuk melepaskan gian.Dalam sebulan saya habiskan RM5,000.00 untuk beli pil kuda,jadi dalam masa 5 tahun saya dah habiskan wang untuk dadah hampir mencecah RM300,000.00.Alangkah membazirnya saya dan alangkah banyaknya dosa saya.Saya memang berniat untuk bertaubat dan berhenti dari perbuatan terkutuk ini,tapi saya tak berdaya.Sekarang umur saya dah 21 tahun,ini bermakna dah 5 tahun saya tersesat dalam kehidupan dari ajaran Allah s.w.t.

Dengan kesedaran diri sendiri serta pertolongan dari ahli keluarga saya telah dihantar ke satu tempat rawatan swasta (bukan tempat ustaz hj hanafi ni) selama 3 bulan di sana,tapi saya kecewa kerana di sana rawatannya hanya dengan makan ubat penenang (sejenis dadah gantian) dan ubat tidur untuk mematikan gian.Bila keluar dari tempat tersebut saya hanya boleh bertahan 1 bulan sahaja.

Ikhtiar punya ikhtiar,akhirnya keluarga saya telah terbaca tentang rawatan Ustaz Hj Hanafi di Internet.Sejurus dengan itu,saya terus dibawa ke Alor Setar,Kedah untuk menerima rawatan dari Ustaz Hj Hanafi.Saya pun mulalah menjalani rawatan di sini dan Alhamdulillah pada hari ke 5 tubuh saya dah rasa sehat kembali.

Dan kini saya telah sembuh sepenuhnya.Jutaan Syukur kehadrat Allah Ta’ala dan ribuan terimakasih pada Ustaz Hj Hanafi dan keluarga kerana dengan penjagaan dan rawatan yang saya terima darinya benar-benar berhasil dan berkesan rasanya.Saya nekad dan berjanji dengan diri sendiri menyatakan yang kesilpan ini tidak akan saya lakukan lagi di masa-masa akan datang….Amin ya Allah !. Saya syorkan pada sesiapa nak berhenti dari dadah pergilah ke tempat Ustaz Hj Hanafi ini,InsyaAllah kita akan berjaya.

Sekianlah dari saya.

Ahmad Redhwan

Segala puji bagi Allah Tuhan yang mentadbir sekelian alam.Selawat dan salam ke atas junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W penyuluh sekelian alam.

Terimakasih banyak-banyak kepada Ustaz Hj Hanafi bin Hj A.Rashid dan isteri beliau kerana bimbingan dan tunjuk ajarnya kini saya merasa sepenuh-penuhnya pulih daripada penagihan dadah dan rokok.Layanan,bimbingan serta tunjuk ajar yang diberikan kepada saya supaya kembali kepada Allah dapat saya fahami dan mersainya sebenar-benarnya.
Selepas saya keluar daripada Pusat Serenti pada 19hb Jun 2008,saya berasa seperti burung yang dibebaskan.Semangat untuk menjauhi diri dari penagihan dadah hanya dapat saya bertahan selama satu bulan sahaja ,ini disebabkan pegangan Islam diri saya semakin luntur.

Setelah saya mendapat rawatan dari Ustaz Hj Hanafi ini saya pulih dengan jayanya.Saya tidak lagi terlibat dengan dadah dan rokok.Baru saya sedar bahawa sesungguhnya penagihan rokok dan dadah tidak membawa apa-apa faedah dan kebaikan,malah membawa kehancuran kepada Rohani dan Jasmani sesaorang itu.Jantung,paru-paru,usus dan lain-lain anggota badan adalah satu amanah yang diberikan oleh Allah kepada hambanya dan disuruh menjaganya bukan merosak dan menghancurkannya.

Segala nasehat dan pegangan Islam yang telah Ustaz Hj Hanafi ajar dan terapkan ke dalam jiwa saya telah dapat menjauhkan saya daropada dadah dan rokok.Alhamdulillah denagn usaha dan ikhtiar Ustaz Hj Hanafi itu telah menjadikan saya insan yang lebih berguna kepada Agama,keluarga,bangsa dan negara yang tercinta.Semoga Allah S.W.T sentiasa memberi kekuatan dan keteguhan iman kepada saya, Amiiinn !

Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman rawatan dadah dengan saya silalah hubungi saya di talian: .Sekian wassalam.

Yang ikhlas,
Ahmad Redhwan
Klang,selangor

Syed Mohd

Assalamualaikum !
Setelah 2 minggu aku menjalani rawatan pemulihan dadah di sini maka berat rasanya aku nak tinggalkan orang yang menjaga aku selama berada di pusat rawatan ini.Terimakasih Ustaz kerana telah menyedarkan aku dari mimpi ngeri.Aku bersyukur ke hadrat Ilahi dengan izinnya dapat juga insan yang dulunya dikatakan seumpama sampah masyarakat,akhirnya sudah kembali kepangkal jalan.Tak dapat nak diucapkan dengan kata-kata betapa berterimakasihnya aku kepada Ustaz Hanafi yang selama ini tak jemu-jemu memberi nasehat dan tunjuk ajar yang berguna.Selama bersama dengan Ustaz Alhamdulillah; makan,minum,tempat tinggal dan segalanya adalah ‘PERFECT’. Aku tak menyangka layanan yang Ustaz berikan kepadaku teramat ‘ISTIMEWA’. Dikesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki daripada ibubapaku,ahli keluargaku serta isteri tercinta kerana selama ini telah banyak menderita di atas perbuatan tidak baik diriku.
Sesungguhnya hanya Allah sahajalah yang dapat membalas budi baik mereka semua.Kini aku harus kedepan untuk menempuh liku-liku kehidupan yang masih bersisa lagi,terutamanya kembali membina rumahtanggaku yang harmoni bersama isteri tersayang,dan yang terpenting sekali beribadat kepada Allah s.w.t.
Di sini aku titipkan nasehat buat diriku dan pembaca sekelian bahawa jangan sekali-kali terjebak dengan rokok dan dadah kerana semuanya itu pasti membawa keburukan,kejahatan dan ianya adalah dosa di sisi Allah.Di kesempatan ini juga sekali lagi aku ingin mengucapkan berbanyak-banyak terimakasih kepada yang berbahagia Ustaz Hanafi dan Ustazah yang selama ini terlalu baik padaku.
Dengan nama Allah jasa dan bakti Ustaz tidak akan aku sia-siakan dan tidak akan aku lupakan.Dapat aku katakan di sini lagi aku sungguh bersyukur teramat sangat kepada Allah s.w.t kerana diberi peluang untuk menjadi hambanya yang berguna.Tidak akan aku sia-siakan hidup yang indah ini yang Allah berikan kepadaku.Rasanya itulah saja luahan isi hatiku yang terpendam selama aku berada di pusat rawatan Ustaz Hanafi ini, dan dengan ini aku tamatkan coretan ku ini dengan lafaz “assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh”.

Yang ikhlas,
Syed Mohd
Sungai siput,Perak.

Bagio

Dengan nama Allah yang Maha pemurah lagi Maha penyayang !
Saya adalah hamba Allah yang hina ingin mengucapkan ribuan terimakasih kepada Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A Rashid sekeluarga.Inilah rawatan yang paling tepat dan mulia kepada insan yang dianggap umpama sampah seperti saya.Mengalir air mata ini bila saya rasa diri ini masih dihargai tanpa kekerasan,tanpa kesakitan dan tiada keraguan. Saya dilayan seperti anak sendiri ;bukan anak tiri.

Ikrar penagih semuanya sama,mulut manis ayat power,semuanya omong-omong kosong belaka.Bila mula dibenci maka mulalah mulut memaki-maki.Tapi pada hakikatnya dan relitinya penagih memang dipehak yang bersalah serta tidak boleh dinasehat.

Aku bersyukur pada Allah kerana dengan ketentuan mu jua aku kini telah pulih….Alhamdulillah. Terimakasih Ustaz Hanafi,saya tabik padamu dan keluargamu Ustaz. Pada Tuan Puteri (anak perempuan Ustaz yg comel) terdampar wajah-wajah anak-anaku; rindu tak terkata pada mereka semua,kecomelan Tuan Puteri anak Uztaz memberi semangat pada ku untuk diriku mengubah dan berubah,itu janji saya.

Sekian salam sayang dari ku untuk semua.
Wassalamualaikum.

Yang ikhlas
Bagio
Senawang,
Seremban,NS.

Saiful Anuar

Assalamualaikum wr.wbth !
Syukur ke hadrat ILAHI kerana dengan segala rahmat dan hidayahnya saya diberi kesedaran dan kesihatan yang amat baik yang tidak pernah saya perolehi sejak sekian lama.Dan kerana itu saya berkesempatan untuk berkongsi pengalaman tentang pengubatan saya serta pengalaman saya terjebak dengan ketagihan dadah yang penuh azab dan penderitaan di sebabkan terpaksa hidup bergantung pada dadah yang sudah menguasai diri sepenuhnya.

Saya yang tinggal di Pontian,Johor, adalah anak lelaki tunggal dalam keluarga.Saya amat disayangi dan apa sahaja yang diinginkan pasti akan diperolehi.Seawal umur 16 tahun saya sudah berjinak dengan rokok,saya mula bercampur dengan otai-otai di Singapura tempat asal saya dibesarkan.Dengan keadaan dan suasana kota Singa yang advanced saya hanyut dalam arus keseronokan dunia.

Semasa berumur 18 tahun saya berpindah ke Johor dan bermulalah salam perkenalan dengan daun ganja bersama rakan sebaya,Selama beberapa tahun boleh dikatakan tiada sehari pun yang saya tak lentok.Dengan kerjaya sebagai pemuzik yang pasti nak high sebelum persembahan,akhirnya pada awal 1993 saya mula terjebak dengan dadah heroin pulak.Bermula dengan sekadar suka-suka untuk mencuba dan walaupun telah dinasehatkan oleh rakan serumah,saya langsung tak memperdulikannya disebabkan nafsu dan keinginan yang kuat.Akhirnya segala kehidupan dah tak terurus lagi,ini disebabkan oleh ketagihan telah membelenggu jiwa serta akal fikiran yang dah tak mampu untuk berfikir.

Selama 30 tahun saya bergelumang dengan dosa,hidup yang dah tiada makna dan tiada arah tujuan dan ditambah pula dengan masalah perceraian membuatkan kehidupan yang dilalui penuh dengan kepura-puraan.Saya telah dua kali masuk pusat SERENTI,apabila keluar masih lagi saya mengulangi perbuatan yang terkutuk itu.Bukan tidak pernah mahu berhenti,malangnya hanya boleh bertahan untuk 2 ke 3 hari sahaja.

Pada tanggal 28hb Jan 2012 saya ditawarkan oleh adik saya yang banyak mengambil berat tentang diri saya ini supaya mencuba rawatan alternatif berteraskan perubatan tradisional secara Islam yang dijalankan oleh yang berbahagia Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid di Alor Setar,Kedah.Maka dengan rasa ingin berubah saya pun berangkat bersama kakak dan anak saudara saya pergi ke Alor Setar.Usia saya ketika ini aialah dah mencecah 48 tahun.

Walaupun pada mulanya saya tidak berkeyakinan untuk pulih namun setelah 2 ke 3 hari saya menjalani rawatan,saya mula dapat merasakan ada perubahan dan membuatkan saya mula berkeyakinan untuk pulih sepenuhnya.Pada hari ke 7 rawatan saya dapat rasakan jiwa yang tenang.Dengan nasehat dan tazkirah dari yang berbahagia Ustaz Hj Hanafi saya mula sedar akan segala dosa yang telah membelenggu diri saya.Neraka pasti menenti kedatangan saya sekiranya saya tidak benar-benar bertaubat dari dosa yang telah saya lakukan sejak 30 tahun yang lalu.Saya sangat bersyukur kepada Allah s.w.t kerana DIA masih menyayangi dan memberibkesempatan untuk menebus kembali dosa silam.

Mengenai Pusat Rawatan Islam Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid ini….memang amat-amat berbeza kaedahnya samada dari segi rawatan, layanannya dan juga suasana tempat tinggalnya.Rawatannya sederhana tapi berkesan.Tempat tinggal yang amat selesa seperti tinggal di Hotel 5 bintang rasanya.Dari segi layanan pula saya dilayan seperti seorang VIP,saya rasa seperti tidak layak saya dilayan seperti itu,maklumlah saya ini hanyalah seorang penagih,tetapi Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi tidak memandang itu semua,katanya orang yang datang ketempatnya untuk berubah jadi baik maka dia akan beri layanan sebaik mungkin.Setiap hari saya dihidangkan dengan makanan dan masakan yang lazat-lazat serta dibawa keluar makan seperti makan Pizza Hurt,KFC dan lain-lain tempat. Dengan pengisian zikir (yang tidak dipaksa),kerohanian dan nasehat telah membuatkan jiwa saya semakin tenang dan saya berazam untuk memulakan kehidupan baru,hidup sebagai seorang Muslim yang sejati yang taat dengan perintah serta menjauhi larangan Allah Azzawajalla.Dan yang penting sekali saya berazam akan menjadikan diri ini kebanggaan keluarga.

Kepada tuan Guru Ustaz Hj Hanafi Hj A.Rashid tiada kata-kata yang dapat saya ungkapkan untuk menunjukkan betapa berterimakasihnya saya pada tuan Guru kerana telah menghidupkan kembali diri Saiful Anuar A.samat ini dari ‘Tidur yang berpanjangan’…….. Hanya Allah s.w.t jualah yang dapat membalas segala kebaikan Tuan Guru dan ahli keluarganya di dunia dan akhirat. Insya Allah… saya berjanji dengan penuh tawaduk yang saya akan benar-benar berubah menjadi seorang insan yang berguna pada Agama,Bangsa dan Negara dan akan menjadikan diri ini sentiasa bersih dari dadah,rokok dan dari dosa-dosa yang lain.

Buat pengetahuan semua saya rasa bertuah dapat pula mengikuti Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi pergi umrah pada 28hb feb.2012 nanti.Saya benar-benar teruja untuk ke sana demi menebus dan bertaubat dari dosa-dosa saya yang lalu.

Bagi semua pembaca sekalian saya syorkan pergilah buat rawatan dengan Yang Berbahagia Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi Hj A.Rashid,insyaAllah Tuan/Puan/saudara/saudari tidak akan kecewa. Jika sekiranya para pembaca ingin berkongsi pengalaman dengan saya mengenai rawatan di tempat Ustaz Hj Hanafi ini,maka bolehlah menghubungi saya di talian : 019 – 6461170.

sekian dahulu dari saya.Wassalam.

Hamba yang Insaf
Saiful Anuar
Pontian,Johor.

Ahmad

Assalamualaikum wbt !
Nama saya Ahmad berasal dari Jitra Kedah. Saya berumur dalam lingkungan 30-an dan bekerja sebagai ahli perniagaan. Sebelum memulakan perniagaan sendiri, saya pernah bekerja sebagai pengurus cawangan di sebuah syarikat GLC yg ternama di Malaysia. Saya adalah perokok dan mula terlibat dengan penyalahgunaan dadah sejak saya mula bekerja sebagai jurutera lagi. Saya mengambil dadah jenis syabu . Majoriti daripada pendapatan bulanan saya gunakan untuk membeli syabu dan ianya menjadi amalan kehidupan seharian saya sejak 10 tahun yang lepas. Saya mengambil syabu bagi membolehkan saya tahan bekerja lebih masa dan kurang tidur. Pada mulanya saya beranggapan bahawa penyalahgunaan syabu itu bukanlah dapat mendatangkan masalah yang serius terhadap diri saya jika dibandingkan dengan pengambilan dadah jenis heroin @ dadah-dadah yang lain yang boleh mendatangkan khayal atau hilang kawalan diri kepada pengguna. Pada saya syabu membuatkan saya lebih fokus dengan kerja kerana menjadikan saya lebih kreatif dan mampu bertahan lama bagi menghadapi stress di tempat kerja.

Anggapan saya terhadap cara hidup yang saya amalkan dengan penyalahgunaan syabu itu menjadi semakin kuat sebagai pegangan hidup apabila saya dinaikkan pangkat menjadi penolong pengurus hanya dalam tempoh masa 4 tahun selepas menyertai syarikat GLC ternama tersebut. Apa yg berlaku itu membuatkan saya beranggapan yang saya mampu mengawal dan bukan dikawal oleh dadah. Pendirian saya itu menjadi semakin kuat dan menjadi satu kepercayaan dalam hidup saya apabila daalm tempoh setahun selepas itu saya telah dilantik menjadi pengurus cawangan dan merupakan seorang eksekutif termuda yang pernah dilantik menjadi pengurus dalam sebuah syarikat GLC ternama di negara ini. Tambahan pula, selepas menjadi pengurus cawangan untuk divisyen yang menjalankan perniagaan dalam industri minyak dan gas di Pantai Timur Semenanjung Malaysia itu, saya berjaya menerajui syarikat sehingga memperolehi rekod jualan dan keuntungan bersih tahunan yg tertinggi selama 2 tahun berturut-turut seperti mana yang disiarkan di dalam akhbar-akhbar tempatan pada tahun 2010 dan 2011.

Keadaan ini telah membuatkan saya lupa diri, saya lupa akan keburukan dan dosa yang saya lakukan. Saya lupa akan bahawa penyalahgunaan dadah adalah kerja yang haram yang dibenci oleh Allah, saya lupa kepada Allah SWT yang telah memberi saya segala nikmat dunia yang saya ada dalam hidup saya. Allah SWT mengurniakan hidup saya dengan kepintaran, ilmu, pangkat yang tinggi di sisi masyarakat dan juga masa depan yang cerah tetapi saya ingkar terhadapnya dan terus melakukan setiap apa yang dilarangnya. Saya semakin jauh daripadanya. Sehinggakan saya pernah beranggapan yang cara hidup yang asya amalkan ini tidak salah malah telah membantu saya dalam kehidupan karier saya. Tambahan pula saya sentiasa berfikir yang ” saya mampu mengawalnya “. Kata-kata itu tersemat di hati saya tanpa saya sedari yang ianya merupakan hasutan syaitan dan iblis yang membuatkan saya semakin terjerumus ke dalam kancah kemaksiatan.

Tanpa rasa berdosa, saya berterusan mengingkari suruhan Allah SWT biarpun selepas mendirikan rumahtangga barulah saya merasai kesan buruk akibat daripada penyalahgunaan dadah dimana saya telah menjadi seorang yangg teramat panas baran. Setelah berumahtangga, saya tidak lagi bebas mengambil syabu. Saya terpaksa mengambil syabu secara sembunyi-sembunyi dan curi-curi dairpada pengetahuan isteri. Semakin hari, semakin kurang saya menagih, semakin pemarah saya jadinya sehinggakan marah saya tidak dapat dikawal lagi dan yang menjadi mangsa adalah isteri saya. Saya juga terasa dikawal dan tidak bebas seperti dahulunya. Selepas berkahwin, saya tiada masa yang tenang dan selesa untuk menagih dan menghisap rokok tidak seperti masa bujang dahulu kerana sekarang selepas kerja saya mempunyai tanggungjawab sebagai seorang suami pula. Keadaan ini membuatkan jiwa saya memberontak dan menjadi baran. Saya sentiasa bergaduh dengan isteri biarpun hanya kerana isu-isu yang kecil dan remeh temeh. Saya sentiasa berfikir bagaimana caranya untuk mendapatkan masa berkualiti untuk bersama syabu. Akhirnya saya memilih untuk berhenti kerja dan memulakan perniagaan sendiri daripada makan gaji kononnya mahukan fleksibiliti dara masa kerja saya. Kerja makan gaji sebagai pengurus memerlukan tumpuan yang penuh teliti dalam menguruskan hal-hal kerja.

Walaubagaimana pun, saya sedikit pun tidak menyesal atau rasa rugi melepaskan jawatan tersebut kerana perniagaan yang saya jalankan sendiri ini juga mempunyai peluang yang sangat cerah untuk berjaya sekiranya usahakan dengan betul dan bersungguh-sungguh. Oleh itu saya nekad berhenti. Pada masa yang sama saya sering bergaduh dengan isteri saya dan kami hampir becerai disebabkan sikap baran saya yang tidak dapat dikawal. Biarpun kami baru 5 bulan berkahwin atas dasar cinta sama cinta. Perkara itu berterusan biarpun kami telah berusaha untuk memperbaiki hubungan kami dan saya telah pun berjanji untuk mengawal kemarahan saya. Saya berasa aneh kerana masih tidak mampu mengawal diri apabila semakin marah-marah bagaikan dirasuk dan sanggup mengasari isteri saya tanpa belas kasihan. Saya juga pernah mengalami mimpi-mimpi yang ngeri seperti jatuh dari tempat-tempat tinggi dan dikejar binatang. Akhirnya saay mengadu masalah kami kepada ibu saya dan kami bersetuju untuk menjalani rawatan secara Islam dengan Ustaz Hj Hanafi di Alor Star, Kedah. Selepas menemuinya barulah saya sedar yang saya dan isteri telah disihir orang bagi memisahkan kami suami isteri. Keadaan menjadi lebih buruk lagi dengan saya yang sentiasa mengambil dadah dengan aktif. Kerana dadah di dalam badan saya telah bergabung dengan sihir dan memberikan kesan yang cukup buruk terhadap diri saya dan juga isteri. Sekarang masalah yang saya hadapi bukan sahaja sihir perbuatan orang, tetapi juga akibat darapada perbuatan sendiri yang bodoh dan jahil dahulu. Menurut Ustaz Hj Hanafi saya perlu mengubati kedua-duanya bagi menyelamatkan kehidupan saya dan juga rumahtangga kami, kerana kedua-duanya adalah kejahatan syaitan dan iblis. Tidak akan menjadi jikalau hanya mengubati sihir sahaja tetapi masih tetap menagih syabu kerana jin, syaitan dan iblis masih mampu memasuki ke dalam tubuh badan saya melalui dadah yang saya ambil dan kehidupan saya tetap akan musnah baik dari segi perniagaan ataupun rumahtangga saya.

Akhirnya disebabkan saya menyayangi kehidupan yang saya masih ada iaitu ibu kandung yang sangat menyayangi saya, isteri yang amat saya cintai dan juga perniagaan saya,maka saya dengan rela hati dan ikhlas mahu berubah dan berubat sepenuhnya di bawah bimbingan Ustaz Hj Hanafi. Saya telah bertekad untuk berhenti dan meninggalkan rokok dan dadah daripada hidup saya. Saya juga bertekad dan bertaubat sungguh-sungguh untuk tidak lagi terus ingkar dan melakukan dosa terhadap Allah SWT yang telah banyak memberikan kesenangan dan rahmat kepada saya. Alhamdulillah saya masih lagi diberikan taufik dan hidayah olehNya. Saya tinggal di rumah Ustaz Hj Hanafi untuk menjalani rawatan masalah ketagihan syabu dan rokok serta kejahatan sihir yangg saya alami.

Alhamdulillah selama 14 hari berada di bawah bimbingan Ustaz Hj Hanafi melalui rawatan secara fizikal dan kerohanian, saya kini sudah bebas daripada ketagihan rokok dan dadah. Saya dapat merasakan perubahan dalam diri saya dan tidak lagi menjadi seorang yang panas baran seperti sebelumnya. Saya juga tidak lagi malas dan berat untuk bersolat. Hubungan saya dan isteri pula menjadi semakin baik dan indah.

Demi Allah SWT saya katakan di sini yang saya sekarang sudah pulih 100% dan bebas daripada ketagihan rokok dan syabu. Bukan niat untuk bercakap besar dan riak dengan perubahan yang saya alami sekarang ini ,tapi sekadar menyatakan saya yakin dengan diri saya yang saya tidak akan merokok atau terjebak semula dengan najis dadah lagi dalam hidup saya selepas ini. Dengan nama Allah saya tahu dan masih ingat bagaimana rasanya rokok. Dengan nama Allah juga saya masih ingat macam mana rasanya dan masih terasa rindu padanya. Sebenarnya saya telah sedar yang segala apa rasa yang berkaitan rokok dan syabu yang terlintas di hati dan fikiran saya ini merupakan bisikan syaitan dan iblis untuk menyesatkan saya semula ke dalam kancah kemaksiatan. Dengan itu untuk ” rujuk” kembali dengan rokok dan dadah selepas menerima rawatan dan bimbingan Ustaz Hj hanafi tidak akan sesekali saya ulangi lagi. Saya sangat yakin dengan diri saya yang saya tidak mungkin akan melakunya lagi kerana saya tahu dan sedar bahawa Allah SWT menciptakan saya sebagai seorang yang berpendirian tetap. Saya berasa sangat beryukur ke Hadrat Ilahi kerana masih lagi diberi petunjuk hidayah dan ditemukan dengan Ustaz Hj Hanafi serta diberi peluang untuk berubah mendekatkan diri kepada-Nya biarpun selama ini saya tidak mengingatinya dan melakukan perkara-perkara yang dilarang. Demi Allah saya katakan di sini, selepas dirawat kehidupan saya sekarang ini menjadi tenang daripada sebelumnya dan saya sangat menghargai setiap segala usaha dan tunjuk ajar daripada Ustaz Hj Hanafi yang banyak membantu saya menyelamatkan seluruh kehidupan saya daripada kehancuran dan tidak lupa juga buat ibu tersayang dan isteri yang dicintai kerana telah menyokong dan memberi semangat untuk menjadi seorang yang lebih baik. Hanya Allah sahaja yang mampu membalas jasa baik mereka. Nasihat saya buat semua di luar sana jauhilah rokok dan dadah kerana ianya akan memusnahkan kehidupan anda dan sedarlah wahai saudaraku bahawa anda sedang menempah tiket ke neraka jika masih bergelumang dengan benda haram tersebut.Wassallam

Wanita

Bismillahirrahmanirrhahim

Assalamualaikum.. Alhamdulillah, syukur yang tak terhingganya kepada Allah S.W.T, akhirnya aku dapat menemui ketenangan yang aku cari selama ini. Aku ingin berkongsi kisah hidupku, dari saat aku mula mengambil dadah, hingga ke saatku berjaya melepaskan diri dari genggamannya – agar ia menjadi pedoman dan contoh kepada bukan sahaja penagih-penagih yang masih di luar sana, tetapi juga kepada mereka yang mempunyai orang-orang tersayang yang terlibat dengannya – rakan rakan, keluarga, suami, isteri, pasangan ataupun sesiapa saja yang mungkin satu masa dulu bermakna di dalam hidup mereka. Agar mereka tidak hanya membenci dan mencerca.

Aku Q, seorang wanita Melayu berusia 28 tahun. Sejak dari kecil, aku dibekalkan dengan pengetahuan dan ilmu agama yang cukup oleh ibu, sehinggalah aku dapat menjejakkan kaki ke universiti dan bergelar graduan. Aku menyangkakan dengan ilmu yang dibekalkan, aku akan dapat menjadi seorang yang berjaya dalam kehidupan tapi malangnya, aku kecundang kepada nafsu dan bisikan syaitan. Aku jadi lalai dan lupa tujuan dan matlamat hidup aku yang sebenarnya.

Kehancuran hidup aku bermula apabila aku mula menghisap rokok bersama kawan-kawan semasa di zaman persekolahan. Setelah tamat persekolahan, aku mula mengenali apa itu ganja dan arak; pada mulanya hanyalah untuk mencari keseronokan bersama kawan-kawan apabila pergi ke kelab malam. Tanpa disedari, aku mula mengambil pill ecstasy di kelab, kononnya mengikut trend zaman sekarang. Pada mulanya, aku teragak-agak untuk mengambil pill ini, kerana sejak dari kecil aku memandang hina pada mereka yang menagih dadah – bagaikan bangkai bernyawa, menjadi hamba kepada ketagihan dan nafsu mereka. Tapi dengan sedikit pujukan, aku diyakinkan bahawa pill ini tidak membuatkan ketagihan dan hanyalah untuk memberi mood untuk berparty (enjoy) sahaja. Sejak dari itu, aku mengambil pill ecstasy setiap kali keluar bersuka ria bersama kawan-kawan di kelab-kelab malam. Walaupun begitu, semua benda haram yang aku ambil pada waktu itu tidak memberi aku sebarang ketagihan. Aku rasa amat senang dengan kehidupan aku pada waktu itu, kononnya kerana aku berupaya mengawal pengambilan dadah yang aku suka, boleh memilih masa, keadaan dan cara untuk bergembira bersama kawan-kawan.

Namun ia tidak kekal lama apabila pihak berkuasa mula giat menjalankan operasi membanteras pengambilan dadah di kelab-kelab malam. Mereka melakukan ujian air kencing dan sesiapa yang memberikan ujian yang positive, akan dikenakan tindakan. Aku dan rakan-rakan menjadi takut untuk ke kelab malam. Keinginan untuk berhibur membuatkan kami mencari jalan baru untuk bergembira dengan mengadakan “house party”. “House party” merupakan party yang dibuat di rumah, tetapi mempunya ciri-ciri sama seperti di kelab malam – muzik yang kuat, minuman beralkohol, pill ecstasy dan lain-lain lagi. Malah kegembiraan yang didapati kadangkala lebih dari dulu, kerana kami tidak lagi perlu mengikuti peraturan seperti yang ada di kelab-kelab malam. Beberapa kali, house party kami berterusan selama berhari-hari, siang atau malam dah tak dihiraukan lagi.

Di “house party” inilah aku mula mengenali dadah yang dipanggil “ice”, yang juga dikenali sebagai syabu, atau meth untuk singkatan kepada nama scientificnya, methamphetamine. Dengan iman dan pengetahuan yang cetek, aku mencuba dadah ini dengan anggapan ia juga merupakan salah satu dadah yang diambil hanya untuk memberi mood untuk berhibur. Pada mulanya, aku rasa gembira kerana badan menjadi rengan.Tetapi akhirnya membawa padah bagi kehidupanku.

8 tahun yang berlalu dalam hidup aku, selain dari waktu yang dipenuhi dengan menghisap meth ataupun mencari jalan untuk mendapatkan meth, setiap saat dipenuhi dengan kesalan dan perasaan belas kasihan – mengenangkan hidup yang telah disiakan. Jujur aku katakan, satu-satunya masa yang aku rela sepenuhnya untuk mengambil meth adalah pada jangka satu bulan yang pertama sejak pertama kali aku mencubanya. Selepasnya dari saat itu, aku mula hilang kawalan dalam diri aku. Bagaikan satu perperangan, antara hati dan selebihnya. Hati tertanya kenapa aku jadi manusia yang lemah, yang tunduk pada nafsu, yang sakitkan hati ibu, yang tak tahu malu, hati tertanya kenapa aku sia-siakan hidup yang nampak cerah satu masa dulu – sambil tangan aku laju menggoyangkan lighter dan bibir menyedut asap yang keluar dari corong kaca. 8 tahun aku hidup begitu, bagaikan hidup dalam penjara. Bagaikan diri dipaksa untuk membuat kerja hina. Setiap saat aku doa agar Tuhan ketemukan aku jalan keluar. Hampir semua sudah putus asa dengan ketegaran aku, hampir semua membenci aku. Tapi aku tak pernah tuding jari salahkan mereka, aku tahu aku banyak sakiti hati dan perasaan orang yang sayangi aku, dengan semua helah, segala penipuan.. Bukan tiada yang cuba membantu, tapi.. tiada satu pun yang mampu tarik aku..

Sehingga satu hari, seorang kawan perempuan aku, Z pulang dari luar negara; seorang yang berkerjaya dan berpelajaran. Dia tawarkan aku tinggal di rumahnya. Pada mulanya Z tidak mengetahui tentang aku dan meth, dia terima segala apa yang aku tipu tanpa rasa curiga. Sampai aku jadi kasihan, sebab dia banyak tolong aku. Sampai mulut aku sendiri buka pekung di dada. Z pada mulanya cuba melarang aku dari pergi ke tempat aku biasa mengambil dose seharian aku. Sehingga pergaduhan terjadi, kadangkala fizikal; aku memukul, dan dia, cuba menahan dari dipukul. Paling teruk, aku cakar tangan dia sampai berdarah, ada lima garisan panjang jadi petanda sampai bila-bila. Tidak sikit pun terniat di hati aku untuk cederakan sesiapa, dan menyakiti hati sesiapa. Meth telah buatkan aku jadi seorang yang berhati batu, buat aku hancurkan semua yang jadi perantara. Aku jadi seorang yang tiada perasaan. Belas, cinta, gembira, sedih, marah, suka, duka – semua aku tak rasa. Cara mengongkong aku dari keluar rumah cuma bertahan selama 3 hari. Z cuba cara lain. Dia beri aku green-light untuk buat kerja hina itu di rumahnya. Rutin harian, sambil aku menyedut dan menghembus asap mahal dari corong kaca di beranda, Z duduk di ruang tamu, menutup hidung dan mulut dengan tuala sambil memberitahuku lebih mendalam tentang meth. Tentang mereka yang berjaya melepaskan diri dari ketagihan, tentang cara-cara, tentang apa yang telah aku sia-sia, tentang apa yang akan terjadi jika aku terus menjadi hamba – semua tanpa marah, memaksa, atau menghina, tetapi dengan cara yang berbeza, dengan nada yang buat aku terus mendengar. Dia perkenalkan aku kepada beberapa cara untuk berhenti, menawarkan aku sokongan yang penuh.

Apabila diberitahu tentang cara rawatan secara rohaniah yang ditawarkan oleh Ustaz Hanafi, aku rasakan inilah rawatan yang aku perlukan. Hati aku yang selama ini kosong, perlu diisi kembali dengan asas hidup yang telah hilang sejak aku mula merosakkan hidup aku dengan dadah. Aku perlu mencari kembali matlamat hidup, agar aku tahu betapa ruginya jika aku sia-siakan kehidupan di dunia ini.Setelah aku pergi menemui Ustaz Hj Hanafi aku pun mulalah menjalani sesi rawatan dengan meminum air kelapa.Alhamdulillah aku telah memuntahkan segala saki baki dadah yang berada dalam tubuh badanku.Setelah selesai menjalani rawatan meminum air kelapa itu,Ustaz meneruskan lagi untuk merawat minda dan hatiku.Dan inilah yang telah aku dapat dari bimbingan Ustaz Hanafi. Bimbingan dan curahan ilmunya, dengan lafaz lembut dan nasihat yang penuh hikmah, membuatkan hati aku senang untuk menerimanya. Tidak perlu dipaksa, aku sendiri yang jadi benci pada dadah. Betapa lamanya hidup aku terbuang, oleh kerana ketagihan aku. Aku menyesal kerana aku tidak mendapat peluang ini lebih awal tetapi, aku bersyukur, kerana Allah S.W.T menemukan aku jalan keluar. Aku bersyukur, aku diketemukan dengan mereka yang ingin membantu dan masih menaruh harapan agar aku berhenti walaupun dengan sikap buruk aku semasa di dalam ketagihan. Aku bersyukur ada yang masih percaya. Aku bersyukur masih ada orang di luar sana yang cuba memahami semasa aku sesat, hina di dalam dunia kecilku. Aku bersyukur masih ada yang ingin mengerti. Aku bersyukur Kau tarikku ke tepi, bila aku hampir-hampir lemas sendiri..

Sekarang ini aku telah bebas sepenuhnya dari pengaruh dadah dan rokok.Sesungguhnya kedua-dua benda ini adalah perosak dan penjahanam hidup sesaorang itu di dunia dan akhirat.Aku akan dan terus memulakan kehidupan baru yang penuh bererti tanpa rokok tanpa dadah serta tanpa lain-lain maksiat.Ya ALLAH ya Tuhanku…kau terimalah taubatku,kau ampunkanlah dosa-dosaku serta kau tunjukkanlah hambamu ini jalan yang lurus dan pimpinlah hidupku menuju keredhaan dan kasih sayangmu.Selamatkanlah hidup di dunia ini dan selamatkanlah diriku dari azab api neraka mu.Aku berazam untuk menjadi hamba mu yang solehah yang sentiasa berada dalam keredhaan mu ya Rabbi. Buat Ustaz Hanafi.. aku mengucapkan jutaaan terimakasih kerana sudi menerima diriku ini untuk dirawat serta sudi mendidik dan memimpin diriku dengan penuh lemah- lembut dan kasih sayang,jasamu ustaz tidak akan aku lupakan hingga ke akhir hayat ku.Sesungguhnya tanpa usaha dan kesudian mu Ustaz menerima dan merawat diriku maka aku akan terus hanyut dan binasa dalam dunia dadah yang gelap gelita.Aku bersyukur yang tidak terhingga ke hadrat Ilahi yang telah memakbulkan doa-doa dan usaha-usaha ustaz merawat diriku.

Buat sesiapa yang menghadapi masalah ketagihan dadah dan ingin kembali kepangkal jalan,aku syorkan datanglah bertemu Ustaz Hanafi untuk menjalani rawatan,Insya Allah dia akan berusaha membantu anda.

Sekianlah sebuah coretan kehidupan ku,moga-moga ada manfaatnya buat kalian semua.Wassalam.

Wanita yang telah insaf,
Q K.L
Saya seorang yang berkerjaya asalnya,tetapi kerana ketagihan dadah saya terpaksa berhenti daripada kerjaya tersebut.Selepas itu saya cuba berniaga sendiri dan Alhamdulillah saya sentiasa dapat peluang yang baik dalam bidang perniagaan yang saya ceburi.Namun disebabkan ketagihan dadah segala keuntungan dari perniagaan tersebut habis lebur kerana dadah.Saya sangat berkeinginan untuk berhenti dari ketagihan dadah sehingga saya pergi mengerjakan ibadah umrah dan bertaubat sungguh-sungguh di sana.Namun demikian, setelah saya pulang saya masih mengulangi lagi perbuatan terkutuk itu,bahkan lebih teruk dari sebelumnya.

Oh ya lupa saya nak perkenalkan diri saya pula, nama saya Mohd Jamali dan telah berkahwin serta mempunyai 3 orang anak.Saya berasal dari utara semenanjung Malaysia.Saya telah terlibat dan terjerat dengan ketagihan dadah Heroin ini selama 14 tahun.Nasib baiklah isteri serta keluarga saya masih menerima dan memberi semangat pada saya untuk saya membuat perubahan diri.

Dipendekkan cerita.. salah seorang kakak saya telah terjumpa satu tempat rawatan pemulihan dadah secara Islam di internet.Tempat tersebut tak lain tak bukan ialah Pusat Rawatan yang dikendalikan oleh Yang Berbahagia Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid di Alor setar,Kedah.Dengan itu kakak saya telah mengesyorkan kepada saya untuk menjalani rawatan di sana.Setelah berunding dengan Ustaz saya terus pergi pada masa dan tarikh yang telah ditetapkannya.Alhamdulillah dengan usaha ikhtiar dan doa ustaz saya kini telah pulih sepenuhnya .Saya berani katakan bahawa buat rawatan di tempat Ustaz Hj Hanafi ini saya selesa dan berkesan sekali.Ustaz telah melayan saya tidak seperti seorang penagih,tetapi dia layan seperti tetamu.Belum pernah saya jumpa pusat rawatan dadah seselesa seperti ini.Untuk pengetahuan pembaca semua selama 14 tahun itu saya telah menghabiskan wang saya hampir RM800,000.00 untuk dadah dan rokok.

Kini saya telah bebas dari belenggu dadah dan rokok dan saya rasa seperti mati hidup semula.Barulah saya dapat merasakan nikmat hidup yang sebenarnya.Saya bersyukur pada Ilahi serta terhutang budi pada ahli keluarga saya terutama pada kedua orang tua saya , kakak saya serta Isteri saya yang tercinta.Mudah-mudahan dengan sedikit luahan hati dan pengalaman saya ini dapat memberi semangat untuk mereka-mereka yang masih menagih dadah itu untuk kembali ke pangkal jalan.Sekian terimakasih.

Khairudin

Saya yang bernama Khairudin asal dari sebuah kampung di negeri Kedah Darul Aman.Saya juga merupakan seorang pesara tentera,umur saya kini 41 tahun serta telah berumah tangga dan memiliki 2 orang cahaya mata.Sebelum saya berjumpa dengan Ustaz Hj Hanafi ni banyaklah kisah duka-lara saya angkara dadah,tapi biarlah ianya menjadi kenangan pahit dan menjadi pengajaran serta sempadan dalam hidup saya. Selepas ini aku berjanji pada diri sendiri, bahawa aku tidak akan kembali semula pada kehidupan penagihan dadah yang hina itu.Biarlah cerita suka dan ceria pula yang akan mendatang dalam hidupku.

TQ Ustaz Hanafi ! walaupun aku baru nak masuk dua minggu menjalani rawatan pemulihan ini tetapi terasa begitu hebatnya dan indahnya HIDUP INI TANPA ROKOK DAN DADAH DURJANA. Rawatan Ustaz Hj Hanafi bagi saya” PELIK TAPI BENAR”. Apa tidaknya…hanya dalam 2 minggu sahaja saya dah bebas dari ketagihan dadah dan rokok,sedangkan dadah dan rokok itu telah berpuluh tahun menjadi darah daging saya.Yang peliknya hanya 2 minggu sahaja rawatannya dan yang benarnya memang rawatannya berkesan sekali.

Saya sebelum ini telah berputus asa dari melepaskan diri dari kedua-dua ketagihan ini,bayangkanlah…saya telah menghabiskan wang ringgit beratus ribu ringgit hanya untuk dadah dan rokok.Tapi Alhamdulillah dengan berkat usaha dan doa Ustaz Hj Hanafi saya kini bebas dari kedua-dua benda durjana itu serta sekarang ini saya telah sihat sepenuhnya itu yang paling penting untuk saya dan keluarga saya. Sekali lagi jutaan terimakasih saya untuk Ustaz ,hanya ALLAH s.w.t sahajalah yang dapat membalas segala jasa baik Ustaz…..Amin.

Sekianlah sedikit coretan dari saya.
Yang benar,
Bekas penagih yang telah Insaf.
Khairudin klang,
Selangor.

Khairuddin

Assamualaikum semua pembaca ! Saya yang bernama Khairuddin (bukan nama sebenar) berasal dari Kuala Lumpur dan berumur 38 tahun adalah sebelum ini seorang penagih dadah Syabu yang sangat tegar. Saya adalah anak sulong kepada 5 orang adik beradik.Saya sebearnya telah terlibat dengan gejala dadah dan gejala meroko ini adalah sejak saya berumur berumur 17 tahun lagi yakni selepas saya menjalani pepriksaan SPM. Pada peringkat awalnya tiada siapa yang tahu tentang kegiatan songsang saya ini bahkan ibu dan ayah saya juga tidak tahu sehinggalah saya ditangkap ketika saya berusia 20 tahun. Setelah saya ditangkap ibu dan ayah saya telah menjamin saya namun begitu saya tak serik-serik hinggalah saya masuk salah sebuah Universiti di Kuala Lumpur. Ketika di Universiti tersebut saya masih lagi menagih hinggalah saya tamat pengajian dan mendapat kerja yang agak baik juga hinggalah saya berkahwin.Namun begitu saya tetap dengan perangai buruk saya. Maka pada suatu hari saya telah diserbu oleh pehak berkuasa dan saya disabitkan dengan kesalahan menagih dadah syabu dan saya telah dijatuhkan hukuman tahanan kawasan. Dalam pada itu keluarga saya telah berusaha memasukkan saya ke beberapa pusat rawatan swasta,ada yang saya kena duduk 1 tahun lebih dan 2 tahun lebih , tetapi bila keluar saya tetap berperangai yang sama. Hinggalah pada suatu hari keluarga saya mencadangkan pada saya untuk berubat dengan yang berbahagia Ustaz Haji Hanafi di Alor Setar,Kedah. Alhamdulillah setelah saya menjalani rawatan dan dapat pimpinan dari Ustaz saya kini telah pulih sepenuhnya dan saya rasa sangat bahagia serta tenang sekali. Saya yakin dan pasti bahawa saya tidak akan mengulangi lagi kesilapan saya yang telah lepas. Dengan ikhlas saya nak nyatakan bahawa cara rawatan dan layanan serta pendekatan yang Ustaz Hanafi lakukan sangat berkesan dan sangat berlainan sekali.Saya sangat-sangat mengesyorkan kepada penagih pergilah berubat dengan Ustaz Hj Hanafi,Insya Allah anda kan pulih sepenuhnya seperti yang saya telah lalui.Kepada ibubapa atau waris si penagih janganlah terlalu berkira dengan wang ringgit kerana jika si penagih tak pulih ianya akan memakan wang ringgit yang lagi banyak habisnya. Saya bersyukur kepada ALLAH s.w.t,terhutang budi pada ahli keluarga terutama ibu dan ayah saya serta saya sangat-sangat berterimakasih dengan Ustaz Hj Hanafi yang sudi berusaha memulihkan saya dengan layanan yang baik serta dengan sifat kasih sayang yang yang telah ditunjukkannya…terimakasih lagi sekali ya Ustaz ,semoga Allah s.w.t membalas jasa baik Ustaz di dunia dan Akhirat.Sekian dari saya yang telah insaf dan yang telah pulih sepenuhnya. Wassalam.

Zh

Namaku cukuplah dengan panggilan Zh sahaja,umurku 28 tahun,telah berkahwin dan ada seorang anak.Kekerja sebagai K/tangan kerajaan dan mempunyai gaji yang agak lumaiyan…Alhamdulillah.

Ceritaku bermula ketagihan dadah pada usia muda dengan ganja iaitu seawal umur 14 tahun sehinggalah aku habis belajar di Politeknik…tetap ketagih ganja lagi.Alhamdulillah slepas saya berkahwin 6 bulan yang pertama semuanya saya berhenti menagih ganja.Tetapi selepas itu saya mula kembali liar dan mula berjinak-jinak dengan dadah heroin dan dadah syabu pula hinggalah dapat anak pun masih juga lagi menagih dadah.Cuma perinsip aku tidak akan menjual harta benda semata-mata untuk dadah.Dalam pada itu hatiku terus berdetik sampai bila aku harus jadi penagih dadah ? Masa aku bersama isteri dan anak sentiasa aku abaikan dan akibatnya aku sentiasa bergaduh dengan isteriku.Gerak-geriku mula kantoi akibat seringkali ponteng kerja dan potensi kerjaku semakin merosot.

Akirnya aku mengambil keputusan nekad untuk ambil cuti tanpa gaji supaya aku dapat buang gian dengan cara berubat.Satu malam aku mencari di Internet di mana tempat yang sesuai untuk diriku berubat dan akhirnya dengan petunjuk dari Allah Ta’ala aku memilih untuk ke tempat Ustaz Hj Hanafi di Alor Setar,Kedah untuk berubat.Pemergianku tiada siapa yang tahu,cuma kawan-kawan terdekat dan isteri tercinta sahaja yang tahu.

Alhamdulillah dengan izin Allah s.w.t dan dengan bantuan daripada Ustaz Hj Hanafi dan keluarganya dapatlah aku berubat dan buang gian ketagihan dadah dan rokok.Sekarang barulah aku sedar selama ini aku telah jauh menyimpang dari ajaran Allah dan bersahabat dengan syaitan serta menjadi hamba dadah dan rokok,sedangkan aku adalah hamba Allah.Aku kini bertekad dengan tunjuk ajar Ustaz aku berjanji tidak akan ambil dadah dan rokok lagi selama-lamanya kerana itu semua akan jadi hamba syaitan dan iblis serta haram di sisi Aganma Islam yang suci.

Sekarang aku ingin menjadi hamba Allah dan mengikut segala perintahnya dan meninggalkan apa yang dilarangnya.Aku hampir-hampir tak percaya yang diri aku boleh bebas dari ketagihan dadah dan rokok hanya dalam masa 14 hari rawatan,tapi Alhamdulillah kini telah jadi kenyataan.
Untuk Ustaz….. Terimakasih yang tak terhingga kerana telah menyedarkan saya dari terus jadi hamba Syaitan.Jasa baik Ustaz dan keluarga ALLAH S.W.T sahajalah yang dapat membalasnya.

Sekian dari hamba Allah yang telah insaf,
ZH Johor

Zainol Shah

Selawat dan Salam atas baginda Rasulullah s.a.w dan keluarganya serta para sahabat Rasul.Al Fatihah khas untuk ibubapaku,para wali Allah juga guruku Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid.

Assalamualaikum semua !!!

Ucapan terimakasih yang tidak terhingga belum dapat membalas jasa bakti yang dicurahkan oleh Ustaz Hj Hanafi,namun itulah dia kalimah keramat budi bahasa melayu.

Terimakasih Ustaz Hj Hanafi dan Ustazah Hajah Azizah, “PUTERI” (anak kecil Ustaz Hj Hanafi yang comel)… uncle minta maaf…keran lena mu sering terganggu,usia merahmu turut terkorban bersama usaha ikhtiar ayah bonda mu dalam membebaskan uncle dari ketagihan rokok dan dadah.

Berlalu sudah masa 45 tahun usia yang sia-sia akibat ketagihan dadah ini.Dengan izin Allah s.w.t diriku kini terasa lepas dari kehidupan yang jijik dan hina…syukur serta doa yang dapat dipanjatkan kehadrat Allah s.w.t untuk mencapai matlamat hidup.” Apakah dia gold in your life ? “.Hidupku,matiku pasti dan hidup zahir batinku adalah hak Allah s.w.t.

” SEGALA YANG KOTOR, BUSUK, DIBENCI ALLAH HENDAKLAH DIBUANG, DITINGGALKAN DAN DILUPAKAN……… INDAHKAN HIDUP INI DENGAN ZIKRULLAH DAN AKHLAK MULIA RASULULLAH S.A.W.”

Sekian dariku
Zainol Shah
K.Lumpur.

Md Nor Saifuddin

Nama aku Md Nor Saifuddin dan tinggal di Sri Medan,Batu Pahat,Johor.Aku telah terlibat dengan ketagihan dadah sejak berumur 15 tahun lagi.Setelah umur 18 tahun aku dah jadi penagih tegar dadah.Aku mula tipu mak bapak aku,aku sering minta duit dari mereka.Rasa belas kasihan pada kedua orang tua memang tiada dalam diri aku,yang penting pada aku ialah dadah.Pernah abang aku rantai kaki aku di besi tingkap agar aku tidak boleh keluar ambil dadah,tetapi besi tingkap itu aku patahkan,dengan kaki aku berantai panjang itu aku lari dengan menonggang motosikal.Selepas itu aku sedar-sedar aku sedang berada di hospital,kaki patah dan aku koma 3 hari. Walaupun begitu keadaan ku……tapi bila sedar dari koma dadah juga yang aku sebut.

Sekarang ini aku telah berumur 35 tahun…..telah lama aku jadi HAMBA DADAH bukan jadi HAMBA ALLAH. Badan aku penuh dengan racun,hati aku merintih….tapi nafsu masih menguasai diri.Aku terfikir .. apakah diri aku ini telah gila dan aku tidak mahu mati dalam keadaan begini. Pada suatu hari aku terbaca dalam majalah BICARA tentang kisah Ustaz Hj Hanafi merawat orang ketagihan dadah. Dengan penuh sedar aku nekad datang bertemu Ustaz Hj Hanafi untuk berubat dan mengubah diriku.
Alhamdulillah setelah aku menjalani rawatan selama 14 hari di sini, aku mula berubah dan tersedar dari alam mimpi dan khayalan dadah.Baru aku kenal diri dan kenal Tuhan.

Kini aku benar-benar berubah jadi baik . Aku rasa bahagia kini bersama isteri serta anak-anakku.
Aku bersyukur kepada Allah s.w.t yang masih beri peluang padaku untuk bertaubat. Kepada Ustaz Hj Hanafi aku sangat-sangat terhutang budi,kerana jika tanpa usahanya sudah tentu aku masih lagi hidup dalam kegelapan dan derita…..TERIMAKASIH USTAZ.

Yang insaf,
Saifuddin
Batu Pahat,Johor.

Khalid Bin Mohamad

Assalamualaikum !
Saya Khalid Bin Mohamad berasal dari Terengganu anak kelima daripada 5 adik-beradik.Dengan izin Allah s.w.t pada hari ini saya ingin menceritakan kisah hidup saya ketika terlibat dengan dadah.Bagi saya ianya amat pedih untuk diluahkan,tapi untuk dijadikan satu pedoman kepada sahabat-sahabat terutamanya remaja,lapangkanlah sedikit masa dengan saya untuk berkongsi pengalaman pahit dalam hidup saya ini.

Sejarah hitam itu bermula dari saya di bangku sekolah lagi sewaktu berumur 15 tahun.Oleh kerana darah muda ingin mencuba sesuatu yang baru maka saya terus terjebak dengan najis dadah.Dengan pengaruh kawan-kawan bermula dari merokok,lama-kelamaan ingin pula mencari satu kelainan untuk memenuhi kepuasan nafsu.

Pada masa itu dadah adalah segalanya bagi saya,penghibur,pengubat… apatah lagi bila tertekan dengan sesuatu masalah.Bagi saya pada waktu itu dadah adalah Raja segala-galanya.Tapi rupa-rupanya dadah bukanlah penghibur,pengubat atau pun penyelamat, tapi ia merupa racun dan pemusnah kehidupan di dunia dan akhirat.Setelah bertahun-tahun hidup dengan dadah dunia sudah tidak bermakna lagi,bak kata pepatah ” bangkai bernyawa”,hidup jadi tak keruan dan porak-peranda dan tiada masa langsung untuk Allah s.w.t,hidup semata-mata memperhambakan diri pada dadah.Apa yang disangkakan selama ini adalah salah rupanya.

Pada suatu ketika saya ditangkap polis kerana dadah,apa yang saya rahsiakan selama ini terbongkar.Dari situlah keluarga semua tahu kemana duit belanja saya habiskan.Ekoran dari itu saya dihantar ke pusat SERANTI,tetapi hanya beberapa bulan saja saya di situ,saya bersama dua orang kawan lagi melarikan diri.Tapi nasib tak menyebelahi saya,saya ditangkap semula di tengah jalan,lalu saya dipenjarakan.Setelah dibebaskan saya hanya boleh bertahan 6 bulan sahaja lepas tu kembali semula ke penjara,.Walaupun kerap kali keluar masuk penjara namun tiada keinsafan yang jitu,jika ada pun hanyalah buat sementara sahaja malah bertambah buruk lagi disebabkan pergaulan dalam penjara membuatkan saya lebih jahat lagi, dari seorang penagih hingga menjadi pula seorang penjenayah.

Dipendekkan cerita,kali terakhir bebas dari penjara terdetik di hati untuk meninggalkan semuanya itu setelah 13 tahun menjadi hamda DADAH.Kawan baik saya mati kerana DADAH ,dari situlah membuatkan saya bersemangat untuk kembali ke pangkal jalan.Dengan dorongan keluarga terutamanya kakak saya yang tak putus-putus memberi semangat,dorongan…saya akur dari satu tempat ke satu tempat berikhtiar untuk berubat,tapi…… tidak berhasil.

Alhamdulillah ! kini saya dibawa bertemu dengan Ustaz Hj Hanafi di Alor Setar,Kedah…walaupun jauh dari kampung saya…tidak menjadi masalah kerana kebaikan kami sekeluarga setuju untuk pergi.

Masa rawatan ditetapkan selama 14 hari.Saya tinggal bersama dengannya,dengan kerelaan hati saya bersetuju.Syukur Alhamdulillah kini saya sudah pulih sepenuhnya dalam masa yang terlalu singkat.Cara di sini tidak seperti di tempat lain….caranya terlalu berbeza sekali. Dengan berkat doa Ustaz tidaklah saya menanggung kesakitan yang lama,tapi hanya 3 hari sahaja,Yang hairannya ianya tanpa mengambil sebarang ubatan atau pun ubat tahan sakit.

Tempat tinggal ,makan minum dan pakaian dilayan seperti ahli keluarga sendiri.Kini saya berasa sangat tenang,fikiran tidak berserabut lagi dan saya dapat kembali semula pada diri saya yang asal.Saya dulunya tidak bersembahyang,kini saya dah mula tunaikan sembahyang 5 waktu dengan penuh taat,sayang rasanya jika tak buat.Ustaz tidak pernah memaksa saya bersembahyang,tapi saya boleh buat…itulah yang ajaibnya.

Dengan tunjuk ajar dari Ustaz saya boleh tinggalkan dadah dan maksiat yang lain serta dapat pula saya mendirikan sembahyang 5 waktu.Terimakasih sekali lagi pada Ustaz dan keluarga yang sanggup membantu saya,semoga dengan usaha ustaz… Allah memberi keredhaan pada ustaz dunia dan akhirat.

Ingatlah kawan-kawan… TIDAK SIAPA YANG BOLEH MERUBAH DIRI KITA MELAINKAN DIRI KITA SENDIRI YANG MERUBAHNYA, KEMBALILAH KE PANGKAL JALAN SELAGI PINTU TAUBAT MASIH TERBUKA !!.

“INGATLAH….
DIMANA ADA KEMAHUAN,
DI SITULAH ADA JALAN PENYELESAIANNYA…”

Ikhlas
Khalid Terengganu

Mohd Faizal Bin Hamdan

Pengalamanku sebagai seorang penagih DAUN KETUM

“Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”, “Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan”, “Yang bulat tak datang bergolek yang pipih tak datang melayang”.

Pepatah tersebut mengambarkan betapa usaha yang gigih akan beroleh kejayaaan. Samalah seperti firman Allah yang bermaksud “Allah tidak akan mengubah nasib seseorang itu melainkan dia sendiri yang beriktiar untuk mengubahnya”.

Begitu jugalah yang sama berlaku kepada saya yang telah terjebak dalam ketagihan raja dadah iaitu “daun ketum” selama 5 tahun. Sepanjang tempoh itu saya telah melalui suka duka kehidupan yang tiada penghujung, hidup dalam kegelapan dan kemaksiatan.

Opps! Lupa pula nak perkenalkan diri. Namaku sebenarnya Mohd Faizal berasal dari Langkawi, Kedah. Aku berumur 29 tahun (2010). Aku mempunyai seorang isteri dan 2 orang anak.

Pada awalnya terjebak dengan ketagihan daun ketum ini kerana terpengaruh dengan kawan-kawan yang mengatakan bahawa daun ketum itu penawar segala ubat dan mampu untuk menambah tenaga batin. Sebenarnya cara menyalahgunakan dadah jenis ini ialah melalui minum air daun ketum, makan serbuk daun ketum yang telah dihancurkan dan mengunyah daun ketum itu seperti memakan sireh. Cara yang aku gunakan ialah makan serbuk daun ketum yang telah dihancurkan kerana mudah didapati di Langkawi dan harganya sangat murah iaitu sekitar RM5 dan RM10.

Selepas mencuba pada tahun yang pertama (2006) aku rasa yang yang diucapkan oleh kawan-kawanku semuanya benar belaka kerana aku mampu bangun pada awal pagi walaupun tidur hanya 3 jam sehari. Pada masa itu aku bekerja sebagai pemandu pelancong di sebuah pulau pelancongan di Malaysia iaitu di Langkawi. Di samping itu, kekuatan batinku juga bertambah dan dapat melayari bantera dengan hebat sekali.

Tetapi setelah masuk tahun kedua (2007), aku cuba berhenti kerana kehabisan bekalan tetapi malangnya semua usaha yang aku lakukan gagal kerana setiap kali aku cuba tidak memakan serbuk daun ketum itu aku terasa seperti akan demam, sakit kepala, selalu menguap, cepat marah, mata berair, dan berasa terlalu malas untuk membuat kerja seharian serta sakit terutama pada bahagian sendi. Kesannya, aku mau tak mau terpaksalah mencari stok dan serbuk daun ketum bagi memuaskan ketagihan tersebut. Di sini barulah aku sedar yang daun ketum itu ialah raja segala dadah yang ia merupakan dadah jenis perangsang dan ia tiada penawar dan penawarnya hanyalah dengan kematian.

Bermula pada 2008-2010 aku terasa betapa bencinya aku terhadap daun ketum ini dan aku berusaha dengan pelbagai cara untuk berhenti tetapi apakan daya walaupun pelbagai cara dilakukan untuk berhenti makan daun ketum tetapi semua usaha yang dilakukan gagal kerana kesan ketagihannya dan kesakitannya yang amat sangat yang aku rasai.

Pada suatu malam iaitu sewaktu bersahur aku tergerak hati untuk mencari informasi berkaitan rawatan secara perubatan Islam di Internet, usaha itu berhasil apabila aku bertemu dengan Ustaz Hanafi dan datang ke rumahnya iaitu di Alor Setar untuk mendapatkan rawatan daripadanya.Alhamdulillah Ustaz Hanafi sudi menerima ku. Setelah berada di rumah Ustaz Hanafi aku berupaya untuk melawan ketagihan dan kesakitannya berbantukan doa dan rawatan susulan iaitu meminum air kelapa yang telah dibacakan dengan ayat-ayat suci al-Quran serta doa. Itu kekuasaan Illahi dan dengan izin Allah penyakit yang mustahil dapat diubati ini dapat diubati dalam masa 14 hari sahaja.

Korang tau tak? Selama 14 hari aku dirawat di rumah Ustaz Hanafi aku berasa semakin hari semakin sihat walaupun pada 4 hari pertama berada di sini kesakitan yang aku alami tidak dapat digambarkan kerana sakit yang teramat sangat pada bahagian tulang pingul, pinggang, semua tulang dalam badan terutama pada bahagian sendi. Sakitnya macam nak tercabut tulang dari badan.

Pelik tetapi benar rawatan hanya meminum kelapa dan berbantukan rawatan secara kerohanian dapat memberi kehidupan yang baru kepadaku dan aku berjaya untuk melepaskan diri daripada cengkaman ketagihan dan aku sangat-sangat bersyukur ke Hadrat Illahi kerana memberi petunjuk kepada hambamu ini bagi meneruskan saki baki dalam kehidupan di alam fana ini.

Untuk pengetahuan semua, Ustaz Hanafi berkata kepadaku dalam jangka 3 tahun lagi aku tak berhenti menagih atau mendapat rawatan yang sewaktu dengannya aku akan kembali ke rahmatullah dan tempatku ialah di neraka jahanam. Ini bukan sekadar kata-kata semata-mata kerana korang semua bayangkanlah aku mati dalam keadaan yang amat berdosa dan belum sempat bertaubat di mana lagi tempatku kalau tak ke neraka. Kalau dulu jiwaku kosong bercampur baur dengan gelombang dosa, kini jiwaku tenang setenang air yang mengalir di lautan.

Tinggal di rumah Ustaz Hanafi korang jangan risau bab layanan kerana walaupun dulu kita menagih dan duduk di bawah jambatan, lorong gelap tetapi di sini layanan seperti raja sehari dan bertaraf lima 5 bintang, siap boleh makan KFC dan Fizza Hut lagi. Betapa istimewanya layanan yang aku dapat di sini. Ustaz Hanafi memberi layanan seolah-olah kita bukan seorang penagih dadah. Tambahan pula kita boleh berborak dan bercerita seolah-olah bapa dan anak.

Cerita ini bukan sekadar aku nak tunjuk pandai mengarang tapi sebagai pengajaran dan peringatan kepada kita semua bahawa mencegah lebih baik daripada mengubati dan Allah tidak akan ubah seseorang itu kecuali dirinya yang mengubahnya sendiri. Justeru, marinya kita bermuhasabah diri dengan mengenangkan serta menilai kesalahan yang lepas dan lebih bersedia menyerah diri kepada Allah berlandaskan Al-Quran dan Sunnah.

Akhir kalam, harapan aku agar cerita ini kita boleh jadikan sebagai pengajaran dan iktibar serta jadikan sempadan kerana kitalah yang akan menjadi pembela agama, bangsa, dan Negara dan kitalah pelapis untuk memimpin negara kita pada suatu hari nanti kerana “Pemuda Harapan Bangsa Pemudi Tiang Negara”

“BELIA BENCI DADAH DAN INGATLAH KITA DISAYANGI”

Yang benar,
MOHD FAIZAL BIN HAMDAN
BEKAS PENAGIH DAUN KETUM

Rezwan

Assalamualaikum wbt…

Alhamdulillah, sebulan sudah berlalu semenjak balik dari rumah Ustaz di Alor Setar dan semenjak itu jugalah hidupku bersih dari najis dadah dan rokok.
Teringat kembali sewaktu aku menerima rawatan, betapa takutnya bila memikirkan bagaimana rasanya apabila berada di luar nanti. Adakah aku akan kembali kepada rokok dan dadah? Segalanya telah terjawap sekarang. Jawapannya ialah tidak sama sekali.

Nampaknya, setelah otak dan pemikiranku dibasuh dan di tune oleh ustaz, dan dengan izin dan bantuan Allah swt, aku masih bertahan. Aku masih lagi membenci rokok dan dadah. Walaupun bermacam-macam dugaan ku hadapi setelah tamat rawatan, semuanya ku tempuhi dengan tabah dan redha. Aku hanya senyum saja melihat orang lain melayan asap rokok lepas makan. Di dalam hatiku, aku tidak akan membiarkan syaitan tersenyum lagi.

Memang kadang terlintas kenangan ketika melayan syabu dan rokok, tapi semuanya ku balas dengan zikir kepada Allah swt. Aku sudah nekad. Cukuplah selama ini aku bergelumang dengan najis-najis itu. Aku mesti melangkah jauh kehadapan. Aku ingin berubah. Aku ingin menjadi anak kebanggaan ibuku, suami kebanggaan isteriku dan ayah kebanggaan anakku. Aku tidak akan melayan hasutan syaitan lagi kerana aku tahu jika aku turutkan, syaitanlah yang akan melompat-lompat kegembiraan kerana aku telah terpedaya olehnya.

Aku bersyukur kepada Allah swt kerana mempertemukan aku dengan Ustaz Hanafi yang benar-benar berjaya merubah diriku. Berpuluh tahun aku bergelumang dengan syabu dan rokok tapi dengan izin Allah swt hanya 14 hari rawatan diperlukan untuk melupakannya. Alhamdulillah.

Sebenarnya testimoni ini sepatutnya ditulis ketika masih berada di rumah ustaz tapi aku mahu menulisnya sebulan setelah aku keluar dari rumah ustaz kerana aku ingin merasa bagaimana aku mengharungi dunia luar yang penuh hasutan syaitan terlebih dahulu. Dan dengan berbekalkan segala ilmu yang diturunkan oleh ustaz kepadaku, semuanya kuharungi dengan senyuman.

Aku harap dengan izin Allah swt, testimoni ini akan berjaya membuka hati mereka yang masih hanyut dengan dadah dan rokok untuk bertemu dengan ustaz Hanafi. Amin. Terima Kasih.

Yang Benar,
Rezwan.
Kota Kinabalu, Sabah.
(Sesi 1-14 April, 2015)

Mohamad Azhar Bin Zolkepli

Assamualaikum w.b.t Semua !

Pertama sekali saya mengucapkan jutaan kesyukuran kepada Allah Azzawajalla yang telah memberi hidayah kepada saya dan juga telah menemukankan saya dengan tempat pemulihan Dadah Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A Rashid.Di sini saya saya mendapat layanan yang tersangat istimewa,cara layanan di sini ibarat seorang bapa menemani dan mengasihi anaknya sendiri.
Saya berasal dari Bayan Lepas,Pulau Pinang.Saya mula berjinak-jinak dengan dadah sejak berumur 12 tahun lagi.Saya mula menagih dadah heroin secara Hardcore sejak tahun 2007 hingga tahun 2015. Telah banyak usaha dan rawatan saya lakukan untuk bebas dari belenggu dadah namun tidak juga berjaya hinggalah pada suatu hari saya membuat carian tempat-tempat rawatan pemulihan dadah dalam internet dan saya menemui laman web pemulihan dadah yang dijalankan oleh Yang Mulia Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi Bin Hj A.Rashid yang bertempat di Bandaraya Alor Setar,Kedah. Tanpa membuang masa saya terus menghubungi Ustaz Hj Hanafi untuk mendapatkan maklumat lanjut dan seterusnya membuat tempahan tempat rawatan.Alhamdulillah saya berjaya membuat tempahan untuk sesi 1hb – 14hb April 2015.

Saya teramat bersyukur kerana rawatan bersama Ustaz Hj Hanafi yang sangat berbeza dan luar biasa sekali.
Pertamanya: Segala racun akibat dadah dan rokok yang ada di dalam badan dikeluarkan selama 7 hari berturut-turut.
Keduanya : Rawatan dilakukan dengan penuh kasih sayang sehinggakan dalam waktu 3 @ 4 pagi saya tengah memerlukan bantuan … tiba-tiba Ustaz Hj Hanafi datang membantu saya dan dia melayan saya sangat lemah lembut dan kasih sayang ibarat seorang ayah yang kasih pada anaknya,saya sangat terharu dan menitiskan air mata di atas segala kebaikan akhlaknya.

Saya terus menjalani rawatan dan bimbingan dari Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi sehinggalah hari yang ke 14. Alhamdulillah saya telah bebas sepenuhnya dari belenggu rokok dan dadah hingga kini dan selamanya. Itulah sedikit pengalaman paling saya tidak dapat lupakan hingga akhir hayat saya dan pengalaman manis ini tidak akan dapat dirasai di mana-mana tempat rawatan dadah yang lain yang pernah saya pergi. Walaupun dalam masa hanya 14 hari saya menjalani rawatan tetapi hasilnya amatlah laur biasa atau di luar jangkaan saya.Ketika saya mula masuk rawatan badan saya ibarat mayat hidup tetapi bila keluar dari rawatan ibarat seorang Tahfiz pula.Saya mat bersyukur kepada Allah s.w.t yang telah menemukan saya dengan Yang Mulia Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi dan saya amat-amat berterimakasih dan terhutang budi dengan Ustaz di atas segala usaha dan bantuannya dalam memulihkan saya. Kini saya seperti mati hidup semula.Saya dapat semula kehidupan saya yang sebenarnya yang telah hilang selama ini.

Saya sangat mengesyorkan pada sesiapa yang mahu berubah maka pergilah dengan tulus ikhlas menemui dan menjalani rawatan di tempat Tuan Guru Ustaz Hj Hanafi, In Sya Allah anda tidak akan kecewa. Jika ada sesiapa yang ingin berkongsi pengalaman dengan saya, maka bolehlah menghubungi saya di talian: +601110341004, In Sya Allah saya akan cuba bantu.

Sekian dari saya:
Mohamad Azhar Bin Zolkepli
Bayan Lepas,Pulau Pinang,
Malaysia.
April 2015